Sunday, June 28, 2009

Gambar-gambar Senator Raja Datuk NongChik dengan rakyat Jun 2009 - (SIRI 1)

Sejak RajaNongChik dilantik jadi Menteri WP, ramai yang terkejut tengok bagaimana aktifnya dia menjejak kaki seluruh pelusuk WP untuk berjumpa rakyat. Mulai hari ini saya akan kumpulkan beberapa gambar-gambar Senator Raja Datuk NongChik bermesra dengan rakyat dan menyelami masalah mereka tak kira siang dan malam sepanjang bulan Jun 2009.


Lawatan dan taklimat ke Pangsapuri Suci, Jalan Kelang Lama 18 Jun 2009








Melawat orang Sakit di Kg Pasir Baru Indah 20 Jun 2009








The Star's Green Day Celebration 2009 in FRIM, Kepong 7 June 2009





Siri 1 Gambar Jun 09 Datuk Raja Nong Chik

Saturday, June 27, 2009

Raja Nong Chik selesaikan isu Keramat Mall

Setelah bertahun-tahun tak selesai isu Pasar Baru Keramat atau nama glamernya Keramat Mall, walaupun setelah siap dan sedia diduduki, akhirnya Raja Nong Chik Menteri Wilayah Persekutuan membuat kata putus yg dijangka menyelesaikan isu ini "once and for all".






Di bawah pula laporan Utusan Malaysia

Kemelut Keramat Mall selesai

KUALA LUMPUR 23 Jun - Kemelut yang melanda pasar baru Keramat Mall hampir selesai.

Bagaimanapun, jalan penyelesaiannya menyaksikan kerajaan terpaksa menambah peruntukan sebanyak RM15 juta lagi untuk pembinaan bangunan baru bagi menempatkan peniaga barang basah.

Ketika ini, kos pembinaan pasar baru Keramat Mall telah pun mencecah RM56 juta dan apabila ia siap sepenuhnya kelak, kosnya sudah pasti menjadikannya pasar awam termahal di negara ini.

Kos yang begitu tinggi itu sebahagiannya adalah demi memenuhi beberapa tuntutan peniaga selain akibat masalah projek yang tertunggak. Secara keseluruhannya, pembinaannya kini telah memakan masa kira-kira 10 tahun.

Dan, ia sebenarnya hanya akan siap sepenuhnya tiga tahun lagi dengan keputusan terbaru Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membina bangunan tambahan yang dikhususkan untuk lebih 124 peniaga barang basah.

Bagaimanapun, bahagian yang telah siap dijangka memulakan operasinya pada Oktober ini, yang akan diisi oleh peniaga barang kering termasuk di gerai berkunci.

Bangunan tambahan yang baru pula akan mengambil tempat di lot tanah bersebelahan Keramat Mall iaitu yang berhadapan dengan stesen transit aliran ringan (LRT) Damai.

Projek yang merupakan jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berpunca daripada keengganan para peniaga Pasar Datuk Keramat berpindah ke Keramat Mall itu diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu (PPPKM) Cawangan Datuk Keramat di Menara DBKL di sini.

Program pemindahan peniaga-peniaga di Pasar Datuk Keramat tertunda beberapa kali akibat keengganan mereka berpindah ke pasar baru itu atas beberapa sebab.

Antaranya para peniaga merasakan lokasi pasar basah di dalam Keramat Mall tidak strategik dan tidak berpuas hati dengan reka bentuk petak gerainya. Selain itu mereka menuntut tempat pemunggahan ditambah dan tanjakannya diperbesarkan.

Mereka juga mendesak agar petak letak kereta ditambah bagi menampung jumlah kenderaan pengunjung termasuk yang akan berurusan di Dewan Perdana yang boleh menempatkan kira-kira 1,000 orang di dalam Keramat Mall.

"(Pertemuan ini adalah) urutan daripada program turun padang kira-kira sebulan lalu di mana kami telah mendengar pandangan daripada peniaga dan pengguna.

"Pasar baru itu berharga RM56 juta dan hampir siap... hanya tinggal kerja-kerja penambahbaikan (seperti yang diminta oleh peniaga).

"Peniaga-peniaga tak puas hati terhadap beberapa ciri. Mereka takut ia akan menjejaskan perniagaan mereka," kata Raja Nong Chik kepada pemberita.

Menurut beliau, DBKL telah membuat kajian selepas program lawatan ke Keramat Mall pada 22 Mei lalu dan menemui beberapa jalan penyelesaian terbaik.

"Sepanjang sebulan lalu, DBKL telah mencadangkan beberapa perubahan khususnya kepada pasar basah.

"Mereka akan pindah (ke pasar baru) dalam masa tiga tahun. Kami akan buat tempat berasingan untuk mereka.

"Dalam masa tiga tahun ini juga, kerja-kerja akan dilakukan untuk menambah jumlah tempat letak kereta daripada 256 kepada kira-kira 600 petak yang cukup untuk kegunaan pelanggan dan juga tetamu majlis yang dibuat di dalam Dewan Perdana," jelasnya.

Menurut beliau, apabila Keramat Mall siap kelak, DBKL akan membantu program pemindahan peniaga barang kering ke situ, yang dijangka dilakukan pada Oktober.

"Proses pengundian (petak) untuk peniaga pasar kering, gerai berkunci dan lain-lain akan dibuat pada Ogos dan pemindahan dibuat selepas hari raya.

"Pada pertemuan hari ini juga para peniaga meminta diberikan diskaun sewa iaitu dibenarkan meniaga secara percuma untuk tempoh tertentu kerana ini tempat baru dan perniagaan belum stabil. Kami akan pertimbangkan," ujarnya.

DBKL dijangka mengenakan sewa bulanan antara RM150 hingga RM500 setiap petak mengikut keluasan.

Mengenai ruang kosong yang sebelumnya dikhaskan untuk pasar basah, beliau berkata, ia akan diisi oleh peniaga barangan kraf tangan.

"Kami akan bekerjasama dengan Kraftangan Malaysia untuk tujuan itu," ujarnya.

Beliau turut menafikan bahawa kos RM15 juta untuk pembinaan bangunan tambahan itu sebagai satu pembaziran.

"Kos itu termasuk pengambilan tanah. Ia bukan pembaziran kerana dengan konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan kita kena fikir faedah untuk jangka panjang

"Mengenai reka bentuk bangunan tambahan ini, DBKL dah ambil pandangan peniaga... mereka dah janji untuk masuk apabila siap.

"Kita kena pastikan aset-aset kerajaan ini akan digunakan secepat mungkin bagi mengelak pembaziran.

"DBKL akan bantu peniaga dengan mengadakan promosi," katanya sambil menambah bahawa pembinaannya akan dimulakan sebaik sahaja proses pengambilan tanah selesai.

(Utusan Malaysia 24 Jun 09)



Tahniah Datuk Raja Nong Chik. 15 juta pun 15 jutalah. Apa nak buat, pengurusan DBKL dahulu ayam, bangang nak mampus. Terpaksalah repair kerja orang terdahulu yang mengarut-ngarut dan tak professional.

Semoga kes ini selesai.

Wednesday, June 10, 2009

Wawancara Raja Nong Chik ttg visi untuk Wilayah Persekutuan (Bahagian 8 - akhir)

Ini sambungan lagi pada siri interview yg saya postkan dari Channel Youtube raja nong chik --> http://www.youtube.com/user/RajaNongChik


Bahagian 8 Dialog RTM 1: Kemiskinan Bandar




Bahagian 9 Dialog RTM 1: Banjir Kilat di KL




Bahagian 10 Dialog RTM 1: Labuan dan PBT




Bahagian 11 (Akhir) Dialog RTM 1: Trafik di KL



Saya rasa selepas menyaksikan wawancara ini, kita lebih yakin bahawa menteri wilayah baru ini raja nong chik berpotensi utk memberi khidmat lebih baik pada Wilayah Persekutuan.

Tuesday, June 9, 2009

Wawasan Dato' Raja Nong Chik di RTM 1: (Bhgn 4-7)

Ini sambungan pada post saya yang lepas iaitu bahagian 4 dan seterusnya wanwancara Raja Nong Chik dalam rancangan Dialog RTM 1.

Bahagian 4 Dialog RTM 1: Politik di Wilayah Persekutuan




Bahagian 5: Perumahan kos rendah di Putrajaya





Bahagian 6 Dialog RTM 1: Penduduk Setinggan




Bahagian 7 Dialog RTM 1: Peniaga asing dan Penguatkuasaan



Ah, lenguh pulak lah. Bosan pulak main copy paste ni. Nak baca soccernet jap. Nanti saya sambung lagi dan habiskan interbiu Raja Nong Chik dalam rancangan Dialog RTM 1 ni.

Saturday, June 6, 2009

Wawasan Menteri Wilayah Persekutuan Dato' Raja Nong Chik

Sebagai seorang yang sudah lama mengenali YM Senator Raja Datuk Nong Chik dan pernah lama bertugas di syarikat beliau, saya memang tidak sabar menunggu apa yang nak dibuatnya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Ini kerana Menteri Wilayah sebelum ini bagi saya tak perform, jarang sangat nampak mukanya turun padang.

Oleh itu bila mendapat tahu beliau akan muncul di rancangan Dialog di RTM 1, saya tak ketinggalan mengikutinya. Memang bagus wawasan beliau - kata kuncinya - prioriti untuk orang susah - dari segi perumahan dan peluang buat duit (berniaga).

Tak berapa lama kemudian, ada pulak video cerita Dialog ini di saluran Youtube Datuk Raja Nong Chik. Canggih betul Datuk Raja, belum apa-apa sudah setup Channel Youtube sendiri. Mungkin sebab beliau pada dasarnya orang professional dan ahli politik hanya nombor dua.

Sila tengok sendiri di bawah. Banyak yang saya rasa kita semua boleh setuju dan boleh bantu.


Bahagian 1: Pengenalan



Bahagian 2: 7P



bahagin 3: 7P



Saya akan post bahagian seterusnya dalam post akan datang untuk wawancara Raja Nong Chik dalam rancangan dialog.