Saturday, August 8, 2009

Raja Nong Chik sound kontraktor Plaza Rakyat

Raja Nong Chik dah sound contractor Plaza Rakyat supaya buta kerja. Cadangan saya Datuk, buang je kontraktor tu. Tak payah bagi muka lagi. Dan mana-mana gantiirugi yang DBKL boleh tuntut, ha claim ajelah. Saman jgn tak saman. Mana boleh main suka2 tak nak buat kerja -- puak2 mcm nilah yg menyebabkan org marah pd kerajaan. Tp depa tak kena apa pun. Duit masuk, tanggungjawab dan risiko, zero.

Mana aci.

Contractor may lose Plaza Rakyat project

KUALA LUMPUR: Federal Territories Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin has given the ultimatum to the current contractor of Plaza Rakyat, Global Upline Sdn Bhd, to either resume the abandoned project or risk losing it to another company. He said the ministry had received several proposals from contractors who were keen to revivetake over the revival of the project.

However, Raja Nong Chik said the ministry had yet to accept any of the proposals pending a reply from Global Upline which had been given until the end of the month to respond.

Raja Nong Chik said if Global Upline failed to respond and accept the terms specified, it would have to give way to other contractors vying for the RM1.2 billion project.

The Plaza Rakyat project, which stalled in 1992, is supposed to be a mixed commercial development comprising a 79-storey office tower, 45-storey hotel and a serviced apartment building as well as shopping centre.

The project stalled in 1992.

Raja Nong Chik was speaking to the press after an hour walkabout in Mid Valley Megamall and The Gardens.

During the walkabout, he was accompanied by mayor Datuk Ahmad Fuad Ismail, City Hall director-general Datuk Salleh Yusup(correct), Mid Valley City’s executive director Antony Barragry(correct), IGB Corporation Bhd group managing director Robert Tan and City Hall officials.

Source: NST


Sekali lagi kita minta raja nong chik untuk kensel je kontrak ni.

Friday, August 7, 2009

Raja Nong Chik - jumlah pampasan yang dituntut mungkin lebih daripada anggaran asal

Raja Nong Chik semalam terima memo dari persatuan teksi yg banyak kerugian akibat demo yg tak fikir periuk nasi orang susah.

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Semakin banyak persatuan membuat tuntutan terhadap penganjur demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu lalu.

Terbaru, 20 persatuan melibatkan peniaga, pemandu teksi dan pengusaha hotel membuat tuntutan yang berjumlah kira-kira RM200 juta terhadap kerugian yang mereka alami.

Antara persatuan yang terlibat termasuk Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan, Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia dan Persatuan Pengusaha Hotel.

Tuntutan mereka itu disampaikan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di lobi Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Menurut Raja Nong Chik, berdasarkan perkembangan terbaru ini jumlah pampasan yang dituntut mungkin lebih daripada anggaran asal pihaknya iaitu sebanyak RM200 juta memandangkan kerugian yang terpaksa ditanggung pihak terlibat termasuk kerosakan harta benda, kehilangan pelanggan dan kerugian perniagaan.

Menurutnya, pihak kementerian akan mengumpulkan semua tuntutan yang dikemukakan dan akan menyerahkan kepada pihak penganjur.

"Sekiranya pihak berkenaan enggan menerima, mereka perlu menunjukkan surat tunjuk sebab kepada kementerian," ujarnya kepada wartawan.


Beliau menambah, tuntutan yang dikemukakan itu diharap memberi pengajaran kepada pihak yang menganjurkan demonstrasi supaya tidak mengulangi perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Apa yang penting sekarang perkara (demonstrasi) tersebut tidak seharusnya berulang lagi. Ia meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada peniaga tetapi memberi kesan buruk kepada bandar raya ini sendiri terutama kepada pelancong asing," ujarnya.

Beliau menambah, jika benar sekalipun mereka mahu berdemonstrasi pada masa depan, lakukan di tempat lain yang lebih tertutup seperti yang dicadangkan Perdana Menteri agar tidak mengganggu orang ramai.

Sementara itu Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan, Mithlan Samijoo berharap dengan penyerahan memorandum itu sekurang-kurangnya dapat membantu pihak persatuan membuat tuntutan kepada pihak penganjur demonstrasi.

"Kami berharap perkara ini tidak akan berulang lagi lebih-lebih lagi di kawasan yang menjadi periuk nasi peniaga seperti kami mencari rezeki.

"Adalah tidak adil jika kami turut diheret sama sehingga menyebabkan kerugian beratus-ratus ribu ringgit," ujarnya.

Bagi Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia , Mohd. Syahrir Abdul Aziz, memorandum bantahan itu bertujuan memastikan pihak bertanggungjawab tidak lepas tangan selepas apa yang menimpa mereka.

Katanya, demonstrasi itu menyebabkan pemandu teksi terpaksa menanggung kerugian kerana ramai penumpang takut menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke pusat bandar.

"Saya berharap kementerian dapat menjadi orang tengah menuntut kerugian daripada pihak penganjur," ujarnya.

(Utusan)


Kod: raja Nong Chik

Hari yang busy untuk Raja Nong Chik semalam!

Banyak betul update facebook hari ini dari bekas boss lama aku masa mula-mula start kerje, Raja Nong Chik. Ini semua pasal semalam facebook jam, lalu pagi ni bertalu-talu la pulak update dia kat wall aku, sampai penuh wall.

Memberikan aku satu idea utk makluman org2 yg sampai sekarang tak layan facebook. Walaupun aku sendiri tak tau berapa ramai pembaca aku, aku post jugaklah.

Aktiviti Raja Nong Chik semalam dari facebook (dgn gambar dr album facebook)

Raja Nong Chik Semalam, 9 pagi -- Menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Ihya Ramadhan kpd masjid-masjid, surau-surau Jumaat dan surau-surau di Wilayah Persekutuan bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.


Raja Nong Chik Semalam, 10.30 pagi -- Menerima memorandum menuntut gantirugi akibat demonstrasi GMI pada 1 Ogos 2009 dpd 14 persatuan, anjuran Persatuan Teksi Malaysia (Pertekma) di lobi DBKL.




Raja Nong Chik Semalam 11.30 pagi -- Walkabout di Mid Valley utk melihat perancangan pembangunan di sini.




Raja Nong Chik Semalam, di Mid Valley -- sempat menjenguk surau berikutan aduan sahabat Facebook (Azizi Khalid, Noris Helmi Nordin, Redza Ibrahim) yg surau tak muat tampung jemaah.




Raja Nong Chik Semalam, 5 pm -- Merasmikan Majlis Seminar Kecemerlangan SPM 2009 anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan di Pusat Komuniti Lembah Pantai.


Raja Nong Chik Semalam, 6.30 ptg -- Majlis penyerahan piala YB Senator datuk raja Nong Chik kepada pengerusi pekida lembah pantai, Encik zakaria Awang. Pertandingan akan diadakan pada 15 dan 16 Ogos di UM.


Raja Nong Chik Semalam, 9 mlm -- Majlis Penyerahan surat tawaran rumah ppr pantai ria mangsa pemindahan kebakaran dari simpang tiga.




Raja Nong Chik Semalam, 10 malam -- Majlis taklimat deraf perlembagaan umno oleh Y.Bhg Datuk raof, Setiausaha Kerja UMNO Malaysia di Lembah Pantai.

Letih benor aku tengok jadi menteri ni. Nasib baik la aku tolak tawaran Najib jadi Menteri, lepas aku tolak la yg dia offer kat raja nong chik tu. kalau tak sampai jauh malam pun tak balik ke rumah la aku tiap-tiap malam. Haha!

Wednesday, August 5, 2009

Lawatan Raja Nong Chik ke tanah runtuh San Peng

Lawatan Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan ke tempat kejadian tanah runtuh di Jalan San Peng, diambil dari Channel Raja Nong CHik di Youtube.



Jangan lupa lawat channel raja nong chik. banyak video di situ.

Saturday, August 1, 2009

Visi 7P Raja Nong Chik



Ramai yang masih belum tahu tentang visi 7P yang dipegang Raja Nong CHik utk Wilayah Persekutuan. Visi ini seiring dgn gagasan 1Malaysia. Baru-baru ini dlm berita Harian ada keluar artikel pasal ini. Sila baca di bawah.


Kuala Lumpur Ke Arah Kota Raya Moden, Selamat

HARI ini genap 100 hari saya bertugas sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Selaku menteri baru di dalam Kabinet kerajaan, sememangnya tugas dan tanggungjawab yang saya galas ini amat berat dan mencabar.

Pertama saya terpaksa berdepan pelbagai masalah harian kota metropolitan Kuala Lumpur seperti isu setinggan, kemiskinan bandar, kesesakan lalu lintas, banjir kilat, penjaja dan banyak lagi yang semuanya berhubungkait rapat dengan kebajikan rakyat serta warga kota.

Keduanya, saya perlu meneruskan pembangunan yang sudah dirancang sebelum ini dan memastikan ia dapat segera dilaksanakan dengan baik dan lancar supaya setiap lapisan rakyat merasai manfaatnya.

Kedua-dua cabaran ini memerlukan komitmen dan kesungguhan, khususnya dalam mendepani masalah rakyat selain melaksanakan perancangan dengan begitu teliti dan realistik untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya bertaraf kelas pertama.

Selaku menteri yang dipertanggungjawabkan, maka saya dalam jangka masa 100 hari ini sudah berusaha memikul tanggungjawab itu sebaik mungkin, bersandarkan gagasan ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, seperti diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Oleh kerana saya sudah berkecimpung dalam politik di bandar raya ini lebih 20 tahun, saya sedikit sebanyak memahami permasalahan dihadapi warga kota. Sebaik memulakan tugas, langkah pertama saya ialah turun padang untuk meninjau sendiri agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Ini termasuk semua jabatan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya. Tinjauan dari dalam ini bertujuan mendapat gambaran lebih jelas mengenai peranan setiap agensi selain memahami sendiri kekangan dihadapi mereka selama ini.

Dengan cara ini, kami sama-sama dapat mencari pendekatan terbaik untuk mengatasi atau mengurangkan masalah dihadapi, seperti cara mengurangkan masalah trafik, penguatkuasaan, perumahan, pengangkutan awam, tempat letak kereta, penjaja dan lain-lain lagi.

Selaras dengan harapan rakyat dan kerajaan, saya berhasrat melonjakkan imej Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya kelas pertama di samping berusaha menyelami masalah penduduknya. Namun, banyak perkara asas ke arah pembaikan dan kemajuan perlu dilakukan. Atas dasar itu, saya mengilhamkan visi 7P merangkumi:

(1) Pembangunan lebih teratur lagi sistematik bagi mencapai kemajuan yang benar-benar dapat dirasai setiap lapisan masyarakat, termasuk pelabur asing;

(2) Perumahan bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah;

(3) Penjaja dan peniaga kecil diberi ruang seluas-luasnya untuk meningkatkan pendapatan serta membantu golongan wanita dan generasi muda menjalankan perniagaan berlesen;

(4) Pengangkutan yang menjadi pemangkin dalam mengurus kemudahan awam di bandar yang kini semakin mencabar;

(5) Penyelenggaraan prasarana dan kemudahan awam untuk rakyat turut diberi perhatian utama;

(6) Perkhidmatan dan penguatkuasaan yang menekankan perkhidmatan mesra rakyat terutama dari segi penguatkuasaan, dan

(7) Prihatin dalam soal kebajikan dan masalah penduduk kota, termasuk mewujudkan jaringan keselamatan sosial selain menghayati masalah dihadapi warga kota.



Saya sudah mengupas dan memperinci konsep 7P ini dalam mesyuarat pertama saya bersama pegawai agensi di bawah kementerian. Sebagai bekas presiden NGO ekonomi, saya rasa kementerian wajib menyediakan landasan untuk mendengar suara rakyat sama ada melalui dialog dengan persatuan dan NGO atau secara langsung menggunakan teknologi internet terkini seperti Facebook atau Twitter.

Untuk rakyat, fokus utama saya ialah memberi perhatian kepada warga kota berpendapatan rendah. Golongan miskin bandar atau ‘misban’ ini wajar dibela dan diperjuangkan kerana kita mahu mewujudkan suasana hidup lebih saksama selain menyediakan gelanggang sama rata.

Dalam hal ini, keutamaan saya ialah menyelesaikan masalah perumahan warga kota dan tapak niaga untuk penjaja kecil. Kedua-dua ini saya anggap penting kerana membabitkan secara langsung keperluan rakyat, sekali gus dapat menyelesaikan masalah setinggan dan membasmi kemiskinan bandar.

Masalah perumahan yang merangkumi setinggan dan penempatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh setahun dua ini. Sehingga kini seramai 4,833 keluarga setinggan yang menetap di tanah kerajaan sekitar Kuala Lumpur masih belum berpindah ke PPR. Saya mensasarkan usaha menjadikan Kuala Lumpur setinggan bebas dapat dicapai menjelang 2010.

Saya juga memandang serius masalah pemilik atau penghuni unit di pembangunan strata terutama dalam aspek penyelenggaraan. Sehingga kini, ada kira-kira 236,000 unit kediaman dan perdagangan di bangunan strata di Wilayah Persekutuan.

Kerajaan sudah mengumumkan peruntukan RM25 juta untuk membaikpulih dan menaik taraf enam PPR di sekitar Kuala Lumpur di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Kedua. Kerja berkenaan sudah mula dilaksanakan di Vista Angkasa, manakala lima lagi bakal menyusul ialah Sri Tioman 2, Gombak 2, Keramat Jaya 2, Setapak Jaya 1B dan Kondo Rakyat. Saya sendiri akan memantau projek ini bagi memastikan ia dilaksanakan dengan berkesan.

Langkah penjualan PPR seperti diumumkan Perdana Menteri juga sedang diperhalusi dan dijangka menjadi kenyataan dalam tempoh tiga bulan lagi. Isu diketengahkan persatuan penduduk turut diambil kira, terutama melalui sesi dialog saya bersama mereka, termasuk dari Persatuan Penduduk Bangsar Baru, Kampung Padang Balang, Kampung Chubadak Hilir, Pangsapuri Suci (Swasta) di Jalan Klang Lama, Jinjang Selatan Tambahan dan Penempatan India Pandan.

Bagi tapak berniaga pula, saya bertekad mahu memberi peluang kepada keluarga berpendapatan rendah atau miskin mendapat ruang berniaga di tempat strategik agar dapat membantu menjana pendapatan mereka. Langkah ini penting khususnya dalam keadaan ekonomi yang agak suram sekarang ini.

Namun keutamaan sudah tentu akan saya berikan kepada penjaja tulen. Selain itu, masalah penjaja pasar juga perlu diberi perhatian. Saya sudah melakukan tinjauan mesra di tiga pasar utama iaitu Pasar Keramat, Pasar Pudu dan Pasar Jalan Petaling.

Melalui sesi dialog bersama golongan ini, banyak permasalahan yang timbul berjaya kita atasi bersama dalam suasana ‘menang-menang’. Sebagai langkah mengenal pasti masalah harian rakyat secara lebih dekat, saya banyak meluangkan masa turun padang berjumpa orang ramai, selain memantau sendiri kemajuan pembangunan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Saya berpeluang mendapat maklum balas dan menyaksikan sendiri permasalahan dihadapi pengguna, khususnya mengenai pengangkutan awam ketika lawatan bersama agensi pelaksana seperti DBKL, LPKP dan Kementerian Kewangan di Puduraya, Petaling Street, Putrajaya Sentral serta Rancangan Penyuraian Trafik di Brickfields dan Jalan Hang Jebat.

Saya lakukan ini kerana percaya laporan yang diterima di bilik berhawa dingin tidak sama jika kita tidak melihat serta mendalami sendiri masalah rakyat. Saya juga menekankan kepentingan konsep turun padang ini kepada penjawat awam, antara lain saya meminta Datuk Bandar turun ke setiap kawasan Parlimen tidak kira yang diwakili kerajaan atau pembangkang.

Perkhidmatan kementerian perlu menjangkaui kepentingan politik, dan setiap rakyat harus diberikan pembelaan sewajarnya. Langkah membanteras jenayah di ibu kota juga tidak kurang pentingnya. Usaha ini akan dilakukan secara berterusan dan sudah pasti membabitkan Kementerian Dalam Negeri serta pelbagai agensi lain.

Saya mahu melihat Kuala Lumpur bukan saja muncul sebagai bandar raya kelas pertama, malah turut menjadi sebuah kota yang selamat dan bebas daripada ancaman jenayah. Saya sedar, saya tidak akan mampu memuaskan hati setiap warga kota dalam melaksanakan usaha ini. Namun, saya akan memastikan segala pertimbangan dan keputusan, mesti mengambil kira kepentingan ramai, bukan hanya untuk sekelompok kecil penduduk.

Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ialah Menteri Wilayah Persekutuan