Tuesday, February 2, 2010

Raja Nong Chik kawan orang miskin

Siapa nak jadi miskin? Tiada siapa yang minta jadi miskin. Semua orang mahu hidup senang. Kalau boleh, nak goyang kaki di rumah tapi duit tetap ada. Tapi tak semua benda percuma. Ramai antara kita yang bekerja siang malam, tak kira penat lelah. Tapi masih di takuk lama. Jika tidak diberi peluang macam mana mereka nak maju, itu kata mereka. Walau pun bukan untuk semua perkara, tapi kadang-kadang itu betul.

Kalau kita lihat di sekolah-sekolah kampung, ramai yang tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana keluarga tidak mampu menanggung yuran. Keputusan mereka sangat cemerlang tapi kerana tiada peluang, impian dan kepakaran terkubur begitu sahaja.

Siapa nak bagi mereka peluang? Siapa yang nak berjuang untuk mereka? Siapa yang nak tolong mereka di kala mereka tersepit tanpa dihiraukan?

Basmi miskin tegar akhir 2010: Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar meletakkan sasaran untuk membasmi kemiskinan tegar di seluruh Wilayah Persekutuan (WP) menjelang akhir tahun ini, kata Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, bagi tujuan itu pihaknya kini giat melatih 148 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar dan 390 KIR miskin di Kuala Lumpur dan Labuan dengan kemahiran membuat kraftangan, jahitan dan ilmu keusahawanan bagi membolehkan mereka bekerja sendiri atau diupah majikan.

"Kementerian juga mengeluarkan lesen penjaja kepada golongan miskin tegar dan miskin serta memberi khidmat nasihat dan kursus bagi membolehkan mereka menjadi penjaja tulen," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan menjunjung kasih kepada Pemangku Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu''adzam Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan di Istana Negara, semalam.

Raja Nong Chik berkata, selain usaha pembasmian kemiskinan, tumpuan turut dilakukan terhadap penambahbaikan dan peningkatan infrastruktur khususnya di kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat di bandar supaya lebih indah, selesa dan selamat, pelbagai usaha penambahbaikan sudah dijalankan di Hentian Puduraya iaitu dengan membina laluan pejalan kaki berbumbung, jejantas dan mewujudkan sistem bas yang lebih teratur manakala di Putrajaya pula sistem ‘park and ride’ kini dalam peringkat kemas kini," katanya.

Raja Nong Chik berkata, kebajikan 87,000 warga Labuan juga tidak dilupakan apabila kerajaan menerusi Perbadanan Labuan kini giat melaksanakan beberapa projek baru dan sambungan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi di wilayah itu. "Antara projek itu ialah menjadikan Labuan sebagai hab pengedaran halal, pembinaan gerai makan di Kampung Lubok Temiang dan dua blok pangsapuri untuk menempatkan penduduk setinggan di Kampung Sungai Bangat," katanya.

- Sumber: Berita Harian Online


Inilah kawan sebenar. Tolong bila mereka memerlukan. Bukan setakat berkongsi kegembiraan bila mereka senang.

Well done, Raja Nong Chik!

2 comments:

  1. tapi aku miskin dia tak kawan pun???

    ReplyDelete
  2. laaa kalau semua dier nak kawan, mane pegi sume pemimpin lain?

    ReplyDelete