Showing posts with label blogging malaysia. Show all posts
Showing posts with label blogging malaysia. Show all posts

Sunday, October 18, 2009

Rumah terbuka Deepavali di PWTC terjemahkan 1Malaysia

Kita dengar hari ini ramai sangat yang bangkitkan isu konon perhubungan antara kaum di Malaysia teruk. Saya tak setuju, sebab saya masih lagi sgt rapat dengan geng2 yg termasuk etnik India, Cina dan Mat Saleh.

Kalau tengok di skeitar juga begitu. Mak saya kekal rapat dengan sahabat lamanya, Auntie Daisy, yang anak perempuannya Penny, cukup saya dambakan satu masa dulu. Begitu juga di peringkat nasional, sama juga. Yang masalahnya ialah terllau ramai yg tengok perkara negatif saja.

Inikah Penny? Hehehe.

Lihat laporan di bawah dari Utusan.

Semangat 1Malaysia menerusi rumah terbuka Deepavali

KUALA LUMPUR 17 Okt — Semangat 1Malaysia diterjemahkan pemimpin dan rakyat negara ini menerusi amalan kunjung-mengunjung ke rumah-rumah terbuka bgai memeriahkan lagi sambutan Deepavali hari ini.

Sambutan perayaan penganut Hindu itu dilihat amat meriah pada Rumah Terbuka MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta menteri-menteri Kabinet lain.

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dilihat menyambut ketibaan kira-kira 5,000 warga kota pelbagai kaum ke majlis Rumah Terbuka Deepavali parti itu.

Turut hadir para pemimpin parti politik termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin serta pemimpin parti pembangkang.

Samy Vellu ketika ditemui pemberita berkata semangat perpaduan yang ditunjukkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini menampakkan matlamat gagasan 1Malaysia, yang diilhamkan Najib, semakin menunjukkan hasil positif.


Saturday, October 10, 2009

Mangsa kebakaran di Taman Datuk Senu dapat bantuan segera

Kebakaran merupakan satu malang yang kesannya sangat destruktif. Sesiapa yang pernah kehilangan harta benda mungkin pernah merasa peritnya kesan yg diterima terutama dari segi kewangan dan kesusahan yg terpaksa diharung hinggalah barang yg hilang diganti semula. Tapi bayangkan. Jika kita jadi mangsa kebakaran, semuanya hilang sekaligus!

Kelmarin di Taman Datuk Senu berlaku kebakaran yang melanda beberapa rumah. Mujur dapat bantuan segera, malah Menteri Wilayah Raja Nong Chik pun turun padang direct untuk naikkan semangat mangsa dan beri sokongan moral dan sedikit sumbangan.


RajA Nong Chik melawat salah sebuah rumah mangsa kebakaran di Taman Datuk Senu, Kuala Lumpur, semalam.

Di bawah laporan dari Utusan

Bantuan segera beberapa agensi buktikan keikhlasan

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Beberapa agensi yang cepat menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Taman Datuk Senu di sini benar-benar menunjukkan keprihatinan terhadap penduduk tempatan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, sumbangan segera kurang daripada 24 jam yang diberi membuktikan agensi berkenaan benar-benar ikhlas membantu masyarakat.

Jelasnya, antara agensi terbabit ialah UMNO, Yayasan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ).

"Kita hargai semua bantuan segera daripada agensi berkenaan. Ini membuktikan kesungguhan dan keikhlasan mereka untuk membantu mangsa kebakaran.

"Saya sendiri sudah berjanji akan membantu mana-mana rakyat yang menghadapi kesusahan dengan segera. Kita akan fikirkan cara-cara untuk memastikan semua mangsa mendapat perlindungan sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kepada lima pemilik dan seorang penyewa yang menjadi mangsa kebakaran di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup dan Ketua UMNO Cawangan Taman Datuk Senu, Mohd. Hasan Jamaludin.

Punca kebakaran dan nilai kerugian yang berlaku pada petang semalam masih belum dapat dipastikan.

Mangsa menerima bantuan wang tunai daripada semua agensi berkenaan.

Tambah Nong Chik, semua mangsa kebakaran akan dipindahkan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda dalam kadar segera.

Jelasnya lagi, semua urusan perpindahan akan diselesaikan dan sebarang masalah atau aduan yang mungkin ditimbulkan oleh mangsa akan diselesaikan segera.

"Kita akan pindahkan mangsa-mangsa esok. Kita juga akan pastikan mereka mendapat bantuan sewajarnya.

"Semua urusan perpindahan dan beberapa urusan berkaitan akan diselesaikan pihak kami. Kita minta mangsa bersabar dan tidak terlalu risau terhadap bencana yang menimpa," ujarnya.
Sementara itu mangsa kebakaran, Zuzaimi Omar, 41, berkata, bantuan segera yang diterima benar-benar melegakan keluarganya.

Jelasnya, jumlah kerugiannya yang menjangkau RM120,000 disifatkan kisah malang yang menimpa namun reda terhadap apa yang terjadi.

"Semalam saya menghadiri majlis tahlil di rumah jiran. Saya diberitahu rumah terbakar dan ia benar-benar mengejutkan.

"Syukur bantuan yang diberi cepat dan saya juga berterima kasih kerana Menteri Wilayah Persekutuan yang sudi meluangkan masa bersama mangsa hari ini," ujarnya.

Tuesday, October 6, 2009

Raja Nong Chik lancar B4FT satu lagi idea luar kotak!




Tahniah pada Raja Nong Chik sebab menjayakan satu lagi program yang menunjukkan visi yang tinggi. Tak lain tak bukan ialah kempen atau peraduan Blog Untuk Wilayah Persekutuan, atau Blog4FT.

Kempen ini untuk menggalakkan orang ramai termasuk seluruh masyarakat antarabangsa untuk membuat posting positif berkenaan tiga bandaraya dalam Wilayah Persekutuan, atau FT, iaitu KL, Labuan dan Putrajaya.

Di kala orang lain sibuk bercakap, kita mesti engage bloggers, kita mesti buat website, kita mesti ada facebook, Raja Nong Chik dengan sendirinya membuat semua ini dan lebih lagi satu demi satu.

Tahniah Datuk!

Alangkah baiknya kalau Ng Yen Yen yang buat benda ini untuk Pelancongan Malaysia. Mungkin peraduan Blog for Malaysia atau begitu.