Tuesday, October 13, 2009

Amalan Persatuan Penduduk Lembah Keramat patut dicontohi

Dalam hampir keseluruhan umat Melayu sibuk bercerita politik, termasuk saya, terlupa kita bahawa tanggungjawab dakwah itu terletak di bahu semua umat Islam. Bila membaca berita ini di Utusan, saya terasa macam teruk sangat diri ini kerana lupa apa yang penting, apa yang tidak.

Sama-samalah kita ambil tauladan dari usaha murni Persatuan Penduduk Lembah Keramat ini. Ramai kawan saya kat sini.

Berkongsi kegembiraan lebaran bersama Orang Asli

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Rezeki yang ada jika dikongsi bersama bukan sahaja akan membawa keberkatan tetapi juga akan dilipatgandakan lagi oleh Allah SWT.

Itulah amalan Persatuan Penduduk Lembah Keramat (PPLK) sejak sekian lama dan ia direalisasikan dengan mengadakan rumah terbuka sambil meraikan lebih 50 Orang Asli dari Kampung Orang Asli Sungai Pangsun baru-baru ini.

Pengerusi PPLK, Mokhtar Omar berkata, sambutan seperti itu merupakan kali pertama diadakan sejak PPLK diiktiraf sebagai sebuah persatuan badan bukan kerajaan (NGO) secara rasmi.

Menurutnya, Orang Asli Pangsun itu merupakan anak angkat kepada ahli PPLK dan program itu bertujuan membolehkan mereka meraikan golongan tersebut dan membantu mengikut kemampuan.

"Misalnya, baru-baru ini, hasil usaha kita, PPLK telah berjaya membantu sepasang suami isteri daripada masyarakat Orang Asli berkenaan memeluk Islam," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada majlis rumah terbuka itu.

Sempena program rumah terbuka tersebut, PPLK turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM9,000 kepada 30 orang ibu tunggal yang miskin serta memerlukan bantuan.

Sumbangan yang berbentuk hamper itu disampaikan oleh Orang Besar Daerah Gombak, Datuk Wan Mahmood Pawan Teh.

"Kita berharap agar aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

"Ini kerana saya melihat aktiviti sebegini dapat mengeratkan silaturahim di kalangan penduduk dan di samping dapat beramal dengan membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan,' ujar Mokhtar lagi.

No comments:

Post a Comment