Raja Nong Chik nak baiki balik Plaza rakyat bersebelahan Hentian Pudu Raya. Wah! Tak sabarnya saya nak tengok bagaimana Raja Nong Chik akan tukar wajah Plaza Rakyat. Dari kaca mata saya yang masih kurang pengalaman ini, jika pandai dan teliti dalam menukar ataupun membaikpulih keadaan di Plaza Rakyat dan Hentian Pudu Raya,tarikan ke kawasan tersebut akan meningkat. Semua pihak akan mendapat kesenangan, rakyat rasa selesa, penjual makin dapat untung dan kerajaan pon dapat duit sewa dan juga sokongan padu dari rakyat. Malah, silap-silap kawasan terbabit akan menjadi tarikan utama pelancong di Kuala Lumpur.
Beberapa hari yang lalu, ketika memandu saya ada mendengar celoteh di radio dan tajuk celoteh mereka ketika itu adalah ke manakah anda hendak bawa tetamu mereka (tetamu mereka adalah artis luar negara yang datang melancong ke Malaysia) ketika mereka berada di Malaysia dan salah satu pendengar ketika itu memberi cadangan supaya membawa mereka ke kawasan Pudu Raya. Saya, pada ketika itu terfikir seketika, dengan keadaa Plaza Rakyat dan Hentian Pudu Raya sekarang ini, agak malu hendak membawa mereka ke kawasan yang dikatakan tempat-tempat menarik itu.
Oleh itu saya berharap agar 'kedatangan' Raja Nong Chik akan membuatkan tempat pertama yang saya akan cadangkan kepada pelancong asing adalah Plaza Rakyat dan Hentian Pudu Raya. (termasuk jugalah tempat-tempat menarik yang lain di KL).
Ini berita lanjut yang saya ambil dari Metro Online.
-----------------------------------------------------------------------------
Hanya 3 bulan
BANTU...Raja Nong Chik (tengah) bersama penerima cek
Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.
KUALA LUMPUR 01/05/2009: Hanya tiga bulan ditetapkan kerajaan untuk rundingan mengenai pembangunan semula Plaza Rakyat bersebelahan Hentian Pudu Raya yang tergendala lebih sedekad lalu, sebelum ia dijelmakan kembali menjadi hab pengangkutan ibu kota.
Tempoh itu diberi sehingga Julai ini bagi membolehkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju Plaza Rakyat iaitu Global Upline berbincang mengenai pembangunan Plaza Rakyat, sekali gus mencapai kata sepakat mengenainya.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata jangka masa tiga bulan itu cukup untuk kedua-dua pihak berunding sebelum langkah seterusnya diatur demi memastikan projek pembangunan itu diteruskan.
“Pembinaan Plaza Rakyat tergendala sejak 1992 dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri ketika mengadakan lawatan mengejut minggu lalu mahu projek ini diteruskan segera untuk keselesaan penduduk.
“Jadi pihak kementerian sudah menetapkan rundingan dalam tempoh tiga bulan ini...jika gagal (rundingan) kita akan batalkan perjanjian sebelum ini dan mencari kaedah baru untuk bangunkan semula Plaza Rakyat sebagai hab pengangkutan dan bangunkan kawasan sekitar,” katanya.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan cek Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara RM58,000 kepada 58 keluarga dari Kampung Periok, Kampung Baru yang menjadi mangsa banjir kilat pada 3 Mac lalu.
--------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment