Monday, May 25, 2009

Raja Nong Chik akan turun padang meninjau penduduk rumah kos rendah

Datuk Raja Nong Chik dan UMNO Wilayah Persekutuan akan turun padang dan meninjau kesusahan warga kota yang duduk di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana.

--------------------------------------------------------------------------

UMNO tinjau penduduk rumah kos rendah

KUALA LUMPUR 24 Mei - UMNO Wilayah Persekutuan akan segera 'turun padang' dan meninjau sendiri kesusahan yang dialami penduduk di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana di sekitar ibu kota.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungannya, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, keprihatinan UMNO itu dilihat sebagai tanggungjawab yang sudah menjadi amalan parti sejak dari dulu.

Katanya, penduduk penempatan berkenaan akan dibantu dari segi kewangan atau sebarang sumbangan berkaitan.

"Kami akan pergi ke setiap flat di ibu kota dan mengambil pendekatan 'turun padang' untuk meninjau sendiri kesusahan yang dialami mereka.

"Kami juga akan mencari jalan penyelesaian segera dan mengambil kira setiap masalah yang dihadapi penduduk di kawasan berkenaan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penyampaian bantuan kebajikan anjuran UMNO Bahagian Seputeh dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini hari ini.

Seramai 61 orang yang terdiri daripada ibu tunggal dan keluarga susah menerima bantuan kewangan serta sumbangan barangan pada majlis itu.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Raslan Hassan dan Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Mustapa Kamal Mohd. Yusoff.

Katanya lagi, konsep mengutamakan rakyat yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilaksanakan sepenuhnya di Wilayah Persekutuan.

"Kami lihat kelebihan ini untuk menawan semula Wilayah Persekutuan pada pilihan raya akan datang.

"Kami sudah mulakan dan ia akan diteruskan sehingga semua benar-benar melihat keprihatinan UMNO sebagai sebuah parti yang benar-benar membantu masyarakat," ujarnya.

Utusan, 25 Mei 2009

No comments:

Post a Comment